
Platform Interaktif AI Anti-Buli Kanak-Kanak Malaysia
Alami • Lihat • Dengar


Buli.my ialah platform interaktif AI anti-buli untuk kanak-kanak di Malaysia yang bertujuan mendidik, meningkatkan kesedaran dan menyediakan sokongan emosi berkaitan isu buli. Ia merupakan sebuah inisiatif sosial.Platform Buli.my berfungsi sebagai rakan sokongan digital untuk ibu bapa, guru dan kanak-kanak dalam usaha mencegah buli.Ia menyediakan maklumat yang mudah difahami tentang pelbagai jenis buli (fizikal, lisan, sosial dan siber), serta cara menanganinya.
Ciri-ciri utama:
Menggunakan AI pintar untuk berinteraksi secara mesra, positif, dan selamat.
Menyampaikan maklumat yang tepat dan mudah difahami tentang buli.
Menyediakan ruang interaktif serta aktiviti kreatif.
Menjadi saluran suara kanak-kanak dengan institusi rasmi.
Buli.my dibangunkan untuk menjadi ruang digital yang selamat, menyokong dan mendidik. Dengan kerjasama ibu bapa, guru dan komuniti, kita dapat mewujudkan persekitaran yang lebih baik untuk setiap kanak-kanak.Misi Buli.my jelas — menyokong setiap kanak-kanak agar berasa selamat, dihargai dan didengari.


Sokong inisiatif BULI.MY dengan menyalurkan bahan kempen anti-buli kepada sekolah dan institusi pendidikan untuk kebaikan generasi muda.

BULI.MY merupakan inisiatif sosial, bukan portal rasmi kerajaan.

Sebarang pertanyaan, cadangan atau kerjasama boleh dikemukakan melalui emel:

Tulis kepada kami

Admin akan menyemak emel atau penyerahan anda dalam masa terdekat.

Kementerian Pendidikan Malaysia
Untuk buat aduan rasmi tentang buli, kamu boleh gunakan saluran berikut: 📢

Jika ada kecemasan, penting untuk bertindak segera! 🚨
Cari guru atau ibu bapa kamu dengan segera.
Jika situasi berbahaya, hubungi nombor kecemasan Malaysia di 999.
Kamu tidak keseorangan dalam situasi ini. Pastikan kamu selamat, ya! 💙

Talian Kasih merupakan talian prihatin masyarakat yang menghubungkan orang awam dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bagi mengemukakan pertanyaan, aduan, permohonan bantuan atau sebarang cadangan yang berkaitan dengan penderaan, pengabaian kanak-kanak, gangguan seksual dan pembuangan bayi.Menerusi talian ini, orang ramai juga berpeluang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling, kebajikan kumpulan sasar, bantuan perlindungan, perkhidmatan reporduktif dan bimbingan sosial remaja bagi meningkatkan kesejahteraan emosi Masyarakat.


Hai adik-adik! 👋Cipta satu watak adiwira ⚡ kamu sendiri 🦸🚀👽 untuk menyertai pasukan Robot Anti-Buli 🤖 dalam misi melindungi kanak-kanak Malaysia daripada buli! 🚫✍️ Tulis nama watak kamu, nyatakan ciri-ciri kuasa 💥 atau kelebihannya, dan 💻 Boleh lukis menggunakan kertas, tablet, telefon, atau komputer!
4 - 12 tahun
🎨 Lukis dan hantar kepada kami! 📮


♻️ Gunakan bahan kitar semula seperti kotak 📦, botol plastik 🧴, atau kertas terpakai 📄 untuk membina Robot Anti-Buli 🤖 versi kamu sendiri!💡 Reka bentuknya ikut imaginasi dan gaya kreatif kamu 🎨.📸 Bila siap, ambil gambar robot itu dan hantar kepada kami untuk disiarkan!


🦸 Tunjukkan bakat melukis kamu dengan membuat komik tentang Adiwira Anti-Buli! ✏️💬 Ceritakan bagaimana adiwira kamu menolong kawan 🤝, menggunakan teknologi bijak ⚙️ untuk hentikan buli.💻 Boleh lukis menggunakan kertas, tablet, telefon, atau komputer!

Isi maklumat dan hantar karya anda!


Buli ialah perbuatan yang sengaja menyakitkan orang lain, sama ada melalui kata-kata, tindakan, atau perasaan.Buli berlaku berulang kali atau niatnya jelas untuk menyakiti, menakutkan, atau mempermalukan seseorang.

Kenali jenis-jenis buli supaya kamu boleh lebih peka dan tahu bila perlu minta bantuan.

Buli Fizikal
Perbuatan menyakitkan tubuh badan seseorang.Contoh:
Menolak, menampar, menumbuk, menendang
Merosakkan barang orang lain
Menghalang laluan atau mengurung seseorang

Buli Lisan
Menyebabkan orang lain terasa hati melalui kata-kata.Contoh:
Mengejek nama, rupa, suara, bentuk badan
Menggelar dengan perkataan kasar
Mengugut atau mengancam

Buli Emosi
Menyakiti perasaan dan keyakinan seseorang.Contoh:
Menyebarkan cerita palsu
Memalukan seseorang di hadapan orang lain
Menghina atau menyindir hingga buat orang sedih

Buli Siber
Buli yang berlaku melalui internet, mesej, atau permainan dalam talian.Contoh:
Menghantar mesej jahat
Memalukan seseorang di media sosial
Menggunakan akaun palsu untuk mengganggu

Buli Sosial
Menyisihkan seseorang daripada kumpulan atau aktiviti.Contoh:
Tidak mahu berkawan dengan sengaja
Menghalang seseorang daripada menyertai permainan
Menghasut kawan lain supaya menjauhkan diri

Gunakan 3 soalan mudah ini:
| 👉 Adakah ia menyakitkan? |
|---|
| Adakah tindakan atau kata-kata itu buat kamu sakit fizikal atau terasa hati? |
| 👉 Adakah ia sengaja? |
|---|
| Orang itu buat dengan niat untuk menyakitkan, menakutkan, atau mengejek? |
| 👉 Adakah ia berlaku berulang kali? |
|---|
| Jika berlaku lebih daripada sekali, atau orang itu terus mengulanginya walaupun kamu tidak suka. |
Jika jawapan kamu “YA” untuk dua atau tiga soalan, itu mungkin Buli😞.

Langkah Bijak ⭐
| Jangan Membalas 🚫✋ Ia mungkin buat keadaan jadi lebih buruk. |
| Jauhi Pembuli 🚶 Cuba berada di tempat yang selamat dan bersama kawan 🤝. |
| Simpan Bukti ✍️ Catat, atau lukis dibuku nota, ambil screenshot 📱, simpan mesej atau rakaman (Jika Buli Siber). |
| Beritahu Orang yang Dipercayai 👨👩 Seperti ibu bapa, cikgu, kaunselor, atau penjaga. |

Infografik mudah 👍 untuk memahami perbezaan antara:
✅ Semua orang gembira dan ketawa
✅ Semua setuju nak main sama
✅ Tak ada yang rasa sakit hati atau takut🎒 Contoh: main bola, kejar-kejar, melukis dengan kawan
❌ Ada yang sedih, marah atau takut
❌ Berlaku berulang kali
❌ Kawan tak mahu main lagi🎒 Contoh: tolak kawan, ejek masa main, tak pass bola

🟣 Ingat
Kalau kawan tak seronok, itu bukan bermain, itu buli.
✅ Semua orang ketawa sama-sama
✅ Bila ditegur, berhenti dan minta maaf
✅ Tak ada niat nak sakitkan hati🎒 Contoh: buat lawak kecil, tiru gaya cikgu
❌ Ejek nama kawan atau kutuk hasil kerja dia
❌ Bila ditegur, tak berhenti
❌ Buat kawan malu atau menangis🎒 Contoh: gelak bila kawan silap baca, ejek lukisan dia

🟣 Ingat
Kalau gurauan buat orang sedih, itu bukan gurauan, itu buli.


Set Produk:
1 x Stiker Magnet
1 x Pack Bookmark (10 pcs)
1 x Stiker Kenderaan
Dapatkan sekarang!


Penanda buku BULI.MY — sesuai dijadikan cenderahati untuk anak, kelas, sekolah, asrama, taska, tadika, pusat tahfiz, dan program kanak-kanak.
| Saiz | 150 mm x 50 mm |
| Material | Art card, Glossy |
| Harga | RM10.00 - 1 Pack (10 pcs) |
Kertas tebal
Cetakan depan dan belakang
Pos seluruh Malaysia

Stiker magnet BULI.MY yang fleksibel — mudah dilekatkan pada peti sejuk, papan putih, loker, dan panel logam. Sesuai untuk kegunaan di rumah, bilik guru, atau bilik darjah.
| Saiz | 150 mm x 50 mm |
| Material | Magnet fleksibel |
| Ketebalan | 0.45 mm |
| Harga | RM10.00 - 1 pcs |
Mudah dilekatkan
Tanpa gam
Pos seluruh Malaysia



Pelekat berketahanan tinggi, boleh dilekatkan pada cermin kereta, motor, badan van, lori, bas, pintu kaca kedai, atau di premis institusi awam dan swasta.
| Saiz | 230 mm x 77 mm |
| Material | 3M Vinyl / UV Ink |
| Harga | RM10.00 - 1 pcs |
Dipasang dari luar
Tahan haba, matahari, hujan
Pos seluruh Malaysia
